AGENDAGLOBAL

Bawa 12,000 topeng, dua lelaki Malaysia ditahan di Indonesia

MEDAN, 13 MAC: Polis Indonesia menahan dua rakyat Malaysia yang didakwa cuba menyeludup 12,000 topeng mulut dan hidung pulang ke negara asal pada Rabu lalu.

Pegawai di Lapangan Terbang Antarabangsa Sumatera di sini curiga melihat dua lelaki yang membawa dua beg untuk berlepas ke Kuala Lumpur, lapor AFP.

Polis yang menyiasat kedua-dua lelaki berusia 44 dan 42 tahun mendapati topeng tersebut untuk dibahagikan kepada kanak-kanak di Malaysia bagi mengelak jangkitan Covid-19.

Polis Indonesia melepaskan kedua-dua lelaki itu tanpa dakwaan jenayah tetapi topeng tersebut dirampas.

Polis minggu ini merampas kira-kira 1.9 juta topeng muka dari sebuah gudang berhampiran bandar kedua terbesar republik itu iaitu Surabaya.


Pengarang :