Selangorkini
Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan pada 21 Mac 2020. Foto BERNAMA
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Bayi 12 hari pesakit termuda dijangkiti Covid-19

ccsb-ads

SHAH ALAM, 26 MAC: Bayi berusia 12 hari disahkan menjadi pesakit termuda dijangkiti Covid-19 di negara ini, kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata bayi tersebut merupakan mangsa gelombang kedua Covid-19.

“Bagi gelombang pertama, mangsa paling muda berusia empat tahun, manakala pesakit paling tua yang dirawat di hospital berumur 83 tahun,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Sebelum ini, seorang kanak-kanak berusia dua tahun empat bulan yang menghidap kanser darah disahkan positif Covid-19.

Muhammad Fateh Aqil Mohd Nazmee sepatutnya menjalani kimoterapi di Hospital Universiti Sains Malaysia, namun terpaksa menangguhkannya.


Pengarang :