Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof (tengah) menunjukkan Buku Malaysia Parliamentary Procedure: A Guide to The Standing Orders of The Dewan Rakyat selepas merasmikannya di Bangunan Parlimen semalam. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Buku panduan peraturan Dewan Rakyat dilancar

KUALA LUMPUR, 3 MAC: Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof semalam melancarkan sebuah buku bertajuk Malaysian Parliamentary Procedure: A Guide to the Standing Orders of the Dewan Rakyat (Prosedur Parlimen Malaysia: Panduan Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat).

Mohamad Ariff dalam ucapannya berkata sepanjang tempoh sejarah parlimen negara, buku panduan sedemikian belum pernah dihasilkan, sekurang-kurangnya sejak 1969.

“Secara khusus, (buku) manual ini untuk memberikan garis panduan meluas, bermaklumat dan arahan kepada ahli parlimen mengenai Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat terutama untuk ahli baharu.

“Buku ini akan menjadi panduan yang praktikal kepada ahli Dewan Rakyat. Panduan penggubal undang-undang bagi membolehkan ahli parlimen mengemudi kerumitan Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat dengan lebih mudah,” katanya.

Mohamad Ariff turut memuji Institut Demokrasi Nasional serta pengarang buku Monique M. Smith dan Maha Balakrishnan kerana kegigihan yang tidak berkesudahan dalam menghasilkan manual tersebut.

Beliau berkata manual itu akan dimasukkan dalam projek buku bertajuk ‘Undang-undang, prinsip dan amalan di Dewan Rakyat’ yang memberikan penjelasan serta ilustrasi komprehensif mengenai prinsip, peraturan dan prosedur parlimen.

-BERNAMA


Pengarang :