Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Covid-19: 4,942 peserta himpunan tabligh dikenal pasti

OLEH NORRASYIDAH ARSHAD

SHAH ALAM, 15 MAC: Seramai 4,942 peserta perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling, Kuala Lumpur pada 24 Februari lalu dikenal pasti sehingga jam 7 malam semalam, kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata 3,069 peserta membuat pemeriksaan dengan hadir ke klinik manakala 137 dirujuk ke hospital.

“Seramai 1,634 mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan dan diambil sampel, manakala 2,932 peserta dipantau di rumah untuk tempoh 14 hari bermula tarikh akhir hadir perhimpunan tabligh di masjid itu,” katanya dalam kenyataan media.

Beliau berkata penyiasatan dan pengesanan peserta perhimpunan masih diteruskan.

Terdahulu, Noor Hisham dalam kenyataan lain berkata 77 kes disahkan dijangkiti Covid-19 berkaitan dengan perhimpunan itu dikesan di Sabah, Negeri Sembilan, Sarawak, Johor, Melaka, Selangor, Pulau Pinang, Kelantan, Perak, Labuan, Pahang, Kedah, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Perlis.


Pengarang :