Anggota polis dibantu tentera melakukan sekatan jalan raya di Lebuhraya Guthrie menghala ke Shah Alam pada hari keenam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan berikutan penularan Covid-19 pada 23 Mac 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENDA NASIONAL

Covid-19: 828 individu ditahan ingkar arahan PKP

SHAH ALAM, 30 MAC: Pihak berkuasa menahan 828 individu semalam kerana melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata mereka ditahan dalam rondaan dan sekatan jalan raya di seluruh negara, sekali gus menunjukkan masih ramai rakyat tidak mematuhi PKP.

“Sejak PKP dikuatkuasa, polis dan tentera telah mengadakan 1,520 sekatan jalan raya dan melakukan 257,287 pemeriksaan kenderaan.

“Kita juga akan meningkatkan sekatan jalan raya di plaza tol seluruh negara, dengan ditambah dari 23 kepada 65 sekatan di 114 plaza tol,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Mengulas lanjut Ismail berkata jumlah keseluruhan anggota bertugas dalam pelaksanaan PKP adalah seramai 67,774.


Pengarang :