AGENDANASIONAL

Covid-19: Akaun khas buat rakyat beri sumbangan

SHAH ALAM, 23 MAC: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyediakan akaun khas bagi rakyat yang ingin memberi sumbangan kepada KKM membendung penularan wabak Covid-19.

KKM menerusi Twitternya hari ini memaklumkan, sumbangan diterima digunakan bagi membeli alat kelengkapan perubatan, keperluan seperti ubat-ubatan, bahan pakai buang serta barang-barang berkaitan fasiliti kementerian.

Katanya, sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bank RHB bernombor 2-66016-002347-5 atas nama Sumbangan Perubatan KKM.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi nombor telefon 03-8883 3111 atau emel dialamat [email protected]


Pengarang :