Sekumpulan jemaah umrah dari Kedah terkandas di KLIA pada 27 Februari 2020 susulan keputusan Kerajaan Arab Saudi menggantung sementara kemasukan jemaah umrah dan aktiviti melawat Masjid Nabawi sebagai langkah pencegahan menyekat penularan wabak Covid-19. Foto BERNAMA
AGENDAGLOBAL

Covid-19: Arab Saudi gantung umrah warganegara, penduduk

RIYADH, 5 MAC: Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi pada Rabu mengumumkan menggantung sementara Umrah untuk rakyat dan penduduk tetap di negara itu sebagai langkah pencegahan terhadap wabak Covid-19, lapor agensi berita Xinhua.

Saudi Press Agency (SPA) melaporkan memetik kenyataan kementerian, penggantungan itu akan ditarik balik selepas negara benar-benar bebas daripada risiko penularan wabak.

Arab Saudi pada minggu ini mencatatkan kes pertama Covid-19 membabitkan warganya yang baru pulang dari Iran melalui Bahrain.

Menurut kementerian, pesakit itu dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

– BERNAMA


Pengarang :