Permit pergerakan rentas negeri ditangguh sementara waktu, elak kesesakan di balai polis dan IPD di seluruh negara. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Covid-19: Bebas keluar antara negeri – KPN

KUALA LUMPUR 17 MAC: Polis menarik balik perintah larangan keluar dari satu negeri ke negeri lain, malam ini, kata ketua polis negara.

Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata arahan itu dibuat selepas mendapati orang ramai berpusu-pusu mengisi dokumen keluar di balai polis seluruh negara, lapor BH ONLINE.

“Sehubungan dengan itu, kami menarik balik larangan itu dan orang ramai boleh melakukan perjalanan dengan selamat, secara berhemah malam ini.

“Tiada sebarang sekatan akan dikenakan ke atas mereka sehingga satu keputusan baru bakal diumumkan selepas mesyuarat berhubung perkara ini, esok,” katanya ketika dihubungi.


Pengarang :