Penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Guarulhos, Sao Paulo, Brazil mengenakan topeng muka sebagai langkah berjaga-jaga susulan Covid-19 pada 26 Februari 2020. Foto AFP
AGENDAGLOBAL

Covid-19: Brazil perkenal struktur baharu ekonomi

BRASILIA, 10 MAC: Brazil memperkenalkan pembaharuan struktur untuk mendepani cabaran ekonomi susulan wabak COVID-19 yang melanda dunia ketika ini, kata Menteri Ekonomi Brazil Paulo Guedes pada Isnin lapor agensi berita Xinhua.

“Ia merupakan antara kaedah terbaik untuk berurusan dengan pasaran antarabangsa yang sedikit terganggu akibat wabak COVID-19,” katanya.

“Pasukan ekonomi berpengalaman dan tenang berdepan situasi itu. Kami telah melalui beberapa kali, kami sudah biasa dengannya, kami tahu bagaimana untuk menanganinya.”

Ekonomi negara Amerika Latin itu mencatatkan peningkatan walaupun ekonomi global semakin lemah, katanya.

Tambah beliau, pertumbuhan berterusan bergantung kepada kelulusan Kongres ke atas pembaharuan yang dicadangkan kerajaan berkaitan pencen, program kebajikan dan perbelanjaan.

-BERNAMA


Pengarang :