Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 14 April 2020 pada perutusan khas yang disiarkan secara langsung pada 25 MAC — foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Covid-19: Gaji PM, menteri, timbalan dipotong dua bulan

SHAH ALAM, 26 MAC: Mesyuarat kabinet hari ini memutuskan supaya gaji perdana menteri, menteri dan timbalannya dipotong selama dua bulan serta disalurkan kepada Tabung Covid-19.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan berkata langkah itu bagi membantu mereka yang menerima kesan akibat penularan wabak berkenaan.

“Tabung Covid-19 telah dilancarkan pada 11 Mac lepas sebagai usaha kerajaan membantu rakyat yang terjejas ekoran wabak itu.

“Sehingga semalam, jumlah sumbangan wang terkumpul termasuk geran kerajaan adalah sebanyak RM8.49 juta,” katanya.


Pengarang :