Seorang lelaki memakai topeng muka sebagai perlindungan susulan Covid-19 ketika melalui Coliseum di Rome, Itali pada 7 Mac 2020. Foto AFP
AGENDAGLOBAL

Covid-19: Itali catat kematian hampir 5,000, tertinggi di dunia

SHAH ALAM, 22 MAC: Itali mencatatkan kematian tertinggi di dunia iaitu hampir 5,000 orang susulan penularan Covid-19, selepas 793 kematian lagi dilaporkan setakat semalam.

Kes jangkitan wabak di negara itu juga meningkat dari 47,021 kepada 53,578, dengan 2,857 pesakit berada di unit rawatan rapi berbanding 2,655 sebelum ini, lapor Reuters.

Susulan itu, Rom mengarahkan semua perniagaan ditutup serta-merta hingga 3 April depan dalam usaha membanteras pandemik Covid-19.

Bagaimanapun, pengecualian diberikan kepada operasi penting untuk mengekalkan rantaian bekalan barangan keperluan di negara berkenaan.

Itali dijangka mengeluarkan satu dekri kecemasan hari ini, bagi menguatkuasakan tindakan keras baharu dengan segera.


Pengarang :