AGENSI SELANGOR

Covid-19: JAIS tutup sementara semua premis mulai hari ini

SHAH ALAM, 18 MAC: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menutup sementara semua premisnya selama 14 hari mulai hari ini.

Jais dalam kenyataan memaklumkan tindakan itu selaras dengan perintah kawalan pergerakan yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara bagi pencegahan dan pengawalan Covid-19.

Justeru, orang awam yang mahu berurusan atau mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan hal ehwal Islam, boleh menghubungi Jais di talian 1-800-88-2424.

Baru-baru ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan mulai hari ini sehingga 31 Mac di seluruh negara bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Perintah kawalan itu dilaksanakan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967 meliputi larangan menyeluruh pergerakan serta perhimpunan ramai termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya.


Pengarang :