Seorang kakitangan perubatan berehat di kawasan pandu lalu ujian saringan Covid-19 di Hospital Pakar KPJ Damansara, Petaling Jaya pada 28 Mac 2020. Foto REUTERS
AGENDANASIONAL

Covid-19: KKM berjaga-jaga individu pulang dari luar negara

SHAH ALAM, 30 MAC: Kementerian Kesihatan (KKM) mengambil langkah berjaga-jaga terhadap warganegara yang kembali dari luar negara berikutan dibimbangi membawa Covid-19, kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata mengikut data imigresen dalam tempoh sehari, seramai 10,000 individu tiba sebelum tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, sementara 4,000 individu tiba ke tanah air ketika PKP dijalankan ketika ini.

“Disebabkan itu, Kerajaan melanjutkan tempoh PKP sehingga 14 April, jadi mereka yang baru pulang boleh menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari.

“Dinasihatkan ahli keluarga amalkan jarak sosial selamat dan sentiasa periksa suhu badan, sekiranya ada kontak rapat tetapi ujian negatif, kekal juga di rumah,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.


Pengarang :