Kumpulan pertama pesakit Covid-19 di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh, Perak yang dibenarkan pulang ke rumah selepas pulih pada 30 Mac. Sumber: Twitter Datuk Dr Noor Hisham Abdullah
AGENDANASIONAL

Covid-19: Kumpulan pertama pesakit Hospital Raja Permaisuri Bainun pulih

SHAH ALAM, 30 MAC: Kumpulan pertama pesakit Covid-19 di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh, Perak sudah kembali pulih, kata ketua pengarah kesihatan.

“Alhamdulillah, mereka sudah pulih dan boleh balik,” tulis Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Twitternya, hari ini.

Noor Hisham turut berkongsi gambar bekas pesakit Covid-19 itu yang ceria bergambar kenangan bersama kakitangan hospital sebelum pulang ke rumah.

Hari ini, beliau turut mengumumkan berita gembira apabila jumlah pesakit Covid-19 yang berjaya sembuh meningkat kepada 91 menjadikan jumlah keseluruhan 479.

Ia adalah jumlah tertinggi setakat ini iaitu 18.2 peratus daripada jumlah kes.


Pengarang :