Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media mengenai Covid-19 di Kementerian Kesihatan pada 4 Mac 2020. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Covid-19: Malaysia catat kematian ke-16

SHAH ALAM, 25 MAC: Satu lagi kematian membabitkan mangsa Covid-19 dilaporkan berlaku pada jam 7.40 malam semalam, kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia menjadikan jumlah kematian yang direkodkan Malaysia ketika ini seramai 16 orang.

“Kematian membabitkan seorang warga tempatan berusia 75 tahun (kes ke-1334) dan mempunyai latar belakang penyakit kronik.

“Mangsa mula menunjukkan gejala lima hari sebelum dimasukkan ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan pada 16 Mac lalu dan seterusnya dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur pada 18 Mac,” katanya dalam kenyataan.

Noor Hisham berkata tahap kesihatan pesakit itu merosot lalu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk bantuan pernafasan dan disahkan positif Covid-19 pada 21 Mac lalu.

“Beliau disahkan meninggal dunia pada hari ini, jam 7.40 malam. Punca jangkitan Covid-19 masih dalam siasatan.

“Kami mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga pesakit,” katanya lagi.


Pengarang :