Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Covid-19: Malaysia rekod kes ‘terpencil’ pertama

SHAH ALAM, 12 MAC: Malaysia mengesahkan jangkitan kes ‘sporadic’ pertama Covid-19 semalam apabila wabak itu dikesan secara terpencil dalam masyarakat.

‘Sporadic’ bermaksud pesakit positif wabak tidak mempunyai sejarah perjalanan ke negara yang mengalami wabak dan tiada kontak dengan pesakit Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes itu dikesan selepas kementerian menjalankan pengawasan terhadap 600 sampel diambil daripada individu mempunyai gejala influenza (ILI) dan jangkitan pernafasan akut teruk (SARI).

“Siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti punca jangkitan ‘sporadic’,” katanya dalam kenyataan media.

Mengikut statistik dikeluarkan Kementerian Kesihatan, sebanyak 149 kes positif Covid-19 disahkan di Malaysia sehingga semalam membabitkan 131 rakyat tempatan, 15 warga China dan tiga dari lain-lain negara.

Daripada jumlah itu, sebanyak 22 kes adalah dalam kalangan pesakit di bawah siasatan atau Patient-Under-Investigation (PUI) jangkitan Covid-19, kontak rapat (124 kes), misi bantuan kemanusiaan (dua kes) dan satu kes Sindrom Penafasan Akut Teruk (SARS).


Pengarang :