Ketua Komunikasi Korporat Air Selangor Abdul Halem Mat Som. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Covid-19: Operasi loji rawatan, agihan seperti biasa

SHAH ALAM, 18 MAC: Operasi Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) terutama di loji rawatan dan pengagihan berjalan seperti biasa, meskipun kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan bermula hari ini.

“Pengguna di Lembah Klang tidak perlu bimbang kerana Air Selangor akan terus memastikan bekalan air bersih berterusan sampai ke rumah mereka,” kata Ketua Komunikasi Korporatnya Abdul Halem Mat Som dalam kenyataan semalam.

Pada 16 Mac lalu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan hingga 31 Mac di seluruh negara, bagi mencegah penularan baharu Covid-19.

Sementara itu, Abdul Halem turut menggalakkan pelanggan berurusan dalam talian melalui sistem e-bil atau aplikasi untuk mengurangkan kontrak rapat susulan penularan wabak.

Beliau berkata bagi pelanggan yang ingin berurusan di kaunter, mereka perlu menjalani saringan ujian suhu badan terlebih dahulu.

“Air Selangor akan memastikan hanya warga kerja yang benar-benar sihat sahaja dibenarkan berurusan dengan pelanggan selain memastikan mereka sentiasa menjaga kebersihan diri.

“Semua pelanggan juga dinasihatkan untuk merujuk maklumat daripada sumber sahih seperti Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia,” katanya.

Pendaftaran e-bil boleh dibuat di laman sesawang https://update.airselangor.com/.


Pengarang :