Foto Facebook Datuk Dr Noor Hisham Abdullah
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Covid-19: Pembantu tadbir KKM mangsa kematian ke-35

SHAH ALAM, 29 MAC: Seorang pembantu tadbir Kementerian Kesihatan (KKM) menjadi korban ke-35, mangsa terbaharu Covid-19 apabila meninggal dunia ketika dalam rawatan di Hospital Sungai Buloh, hari ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata Saziah Mohd Said, 57, yang bertugas di Bahagian Sumber Manusia KKM, meninggal dunia pada 4 petang tadi.

“Pemergian Allahyarhamah merupakan satu kehilangan buat KKM,” katanya Dr Adham menerusi perkongsian dalam akuan Facebook, malam ini.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan mangsa ke-35 itu mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia dan mula mempunyai gejala lima hari sebelum dimasukkan ke Hospital Putrajaya pada 17 Mac seterusnya dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Sungai Buloh.

“Ujian pengesahan Covid-19 mendapatinya positif pada 18 Mac. Kesihatannya merosot hari demi hari dan disahkan meninggal dunia pada 29 Mac jam 4 petang,” katanya.


Pengarang :