Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika Majlis Perasmian Ekspo Hasil Suri Selangor 2020 di Shah Alam Convention Centre, Shah Alam pada 7 Mac 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAPILIHAN MINGGUANSELANGOR

Covid-19: Penganjur dinasihat batal program skala besar

SHAH ALAM, 7 MAC: Kerajaan Negeri menasihatkan penganjur membatalkan program berskala besar susulan gelombang kedua penularan Covid-19.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata semua pihak perlu mengambil langkah berjaga-jaga serta mematuhi peraturan kesihatan supaya penularan virus dapat dikekang.

“Penganjuran Woman Marathon di Petaling Jaya esok yang melibatkan 8,000 peserta dibatalkan atas faktor kesihatan.

“Pembatalan aktiviti melibatkan ribuan orang adalah langkah terbaik untuk melindungi rakyat daripada virus ini,” katanya selepas menghadiri Ekspo Hasil Suri Selangor di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) hari ini.

Amirudin berkata mesyuarat EXCO yang dijadualkan pada Rabu ini akan membincangkan perkembangan terkini Covid-19 termasuk langkah tambahan jika keadaan memerlukan.

“Namun jika keperluan mendesak mesyuarat itu akan dipercepatkan pada Isnin atau Selasa dan kita akan dapatkan nasihat Kementerian Kesihatan dari semasa ke semasa berhubung Covid-19,” katanya.


Pengarang :