Pegawai Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan Persekitaran MPKL melakukan saringan suhu badan kepada semua pegawai, kakitangan dan orang awam di pintu masuk pentadbirannya pada 16 Mac 2020. Foto Facebook MPKL
BERITA UTAMAPBTSELANGOR

Covid-19: Saringan suhu badan di MPKL bermula hari ini

SHAH ALAM, 16 MAC: Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) hari ini menjalankan saringan suhu badan di pintu masuk utama pejabatnya bagi mencegah penularan Covid-19.

Yang Dipertuanya Mohamad Zain A Hamid berkata ujian kendalian Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan Persekitaran (JPSPKP) bermula 7.15 pagi hingga 5 petang.

“Empat pegawai JPSPKP ditempatkan pada satu masa untuk menjalankan ujian suhu kepada semua pegawai, kakitangan dan orang awam yang memasuki pentadbiran ini.

“Individu didapati mempunyai suhu badan melebihi 37.5 darjah celsius tidak dibenarkan masuk serta perlu mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Banting,” katanya dalam kenyataan.

Beliau turut meminta semua pihak memberi kerjasama ketika proses saringan dalam usaha membendung penularan wabak.

Sehingga semalam, Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan 190 kes baharu positif Covid-19, menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 428 kes.


Pengarang :