Petugas Kementerian Kesihatan Malaysia memeriksa suhu badan lapan jemaah tabligh dari Makassar dan Jakarta yang tiba di Terminal Feri Antarabangsa Puteri Harbour pada 26 Mac 2020 sebagai langkah mencegah penularan Covid-19. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Covid-19: Satu lagi kematian, jumlah semua 24

SHAH ALAM, 27 MAC: Satu lagi kematian akibat Covid-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah yang maut meningkat kepada 24 orang, kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kematian ke-24 itu membabitkan warganegara Malaysia berusia 35 tahun yang mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia awal Mac lalu.

Beliau berkata, mangsa mula bergejala lima hari sebelum dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur pada 18 Mac dan hasil ujian pengesahan Covid-19 didapati positif pada 20 Mac.

“Kesihatan beliau merosot hari demi hari dan disahkan meninggal dunia pada 26 Mac jam 9.30 malam semalam,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.


Pengarang :