Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Covid-19: Satu lagi kematian, semuanya 21 orang

SHAH ALAM, 26 MAC: Satu lagi kematian akibat Covid-19 dicatatkan hari ini, menjadikan jumlah yang meninggal dunia seramai 21 orang, kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata mangsa merupakan warganegara Malaysia kes ke-1,588 berusia 63 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kronik.

“Beliau merupakan peserta perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling. Mula bergejala dan hadir menjalani saringan pada 22 Mac 2020.

“Hasil ujian pengesahan Covid-19 didapati positif dan beliau dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada 23 Mac.

“Semasa dalam rawatan, kesihatan beliau merosot dan disahkan meninggal dunia pada 26 Mac jam 4 pagi,” katanya dalam hantaran di Facebook sebentar tadi.


Pengarang :