Foto Facebook Datuk Dr Noor Hisham Abdullah
BERITA UTAMA

Covid-19: Satu lagi korban, jumlah kematian kini 20

SHAH ALAM, 25 MAC: Satu lagi korban disebabkan Covid-19 dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan Tindakan Krisis (CPRC) Kebangsaan menjadikan jumlah keseluruhan 20 kematian, kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes kematian ke-20 ini merupakan kes ke-780, lelaki warganegara Malaysia berumur 76 tahun.

“Beliau telah menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling. Beliau dirawat di Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai, Kelantan mulai 18 Mac.

“Beliau disahkan meninggal dunia pada 4.35 petang, 25 Mac. KKM ingin mengucapkan takziah kepada ahli keluarga beliau,” kata beliau dalam kenyataan media.

Sementara itu, Jabatan Kecemasan dan Wad Permerhatian, Hospital Teluk Intan ditutup hari ini untuk pencucian dan nyah kuman.

“Namun jabatan ini tetap beroperasi di bangunan Unit Pesakit Luar buat sementara. Hospital Teluk Intan pada keseluruhannya beroperasi seperti biasa,” katanya.


Pengarang :