Seorang lelaki yang mengenakan topeng mulut dan hidung mengayuh basikal di Jalan Merbau, Kampung Melayu, Ampang pada 21 Mac 2020 susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengawal penularan Covid-19. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
SELANGOR

Covid-19: Selangor catat 309 kes

SHAH ALAM, 22 MAC: Selangor mencatatkan kenaikan kes Covid-19 sebanyak 309 kes hari ini sekali gus mencatatkan rekod tertinggi di Malaysia, lapor Kementerian Kesihatan (KKM).

Sementara itu Kuala Lumpur mempunyai 183 kes, Sabah (158), Johor (145), Negeri Sembilan (78), Sarawak (76), Perak (66), Kelantan (63) dan Pulau Pinang (58).

“Kes dicatatkan di Kedah ialah 52, Pahang (40), Terengganu (32) dan Melaka (23). Perlis dan Putrajaya masing-masing mencatatkan sembilan kes dan lima di Labuan,” kata agensi berkenaan menerusi Twitter.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata sehingga kini 10 kematian akibat penularan wabak Covid-19 dicatatkan di negara ini.

Seramai 46 kes positif wabak itu sedang dirawat di unit rawatan rapi dan 22 kes daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Bagi bilangan anggota Kementerian Kesihatan yang telah menjalani saringan pengesanan Covid-19 setakat hari ini seramai 270 daripada 460 orang didapati negatif manakala baki 190 masih menunggu keputusan.


Pengarang :