Petugas kesihatan yang mengenakan pakaian perlindungan menjalankan ujian Covid-19 di Kuala Lumpur pada 23 Mac 2020. Foto REUTERS
AGENDANASIONAL

Covid-19: Selangor catat 33 kes baharu, tertinggi di Malaysia

SHAH ALAM, 28 MAC: Selangor merekodkan 33 kes baharu positif Covid-19 hari ini iaitu paling tinggi di Malaysia, kata Kementerian Kesihatan.

Kementerian dalam siaran di Twitternya memaklumkan perkembangan baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan wabak itu di negeri ini meningkat kepada 579 kes.

“Selangor mencatat bilangan kes harian tertinggi setakat jam 12 tengah hari. (Sebanyak) 33 kes baharu direkodkan diikuti Johor dengan 26 kes, Sabah serta Negeri Sembilan masing-masing 15 kes manakala 10 kes di Kelantan,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang medianya memaklumkan Malaysia merekodkan 159 kes baharu positif Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,320 kes.

Daripada jumlah itu seramai 320 pesakit berjaya dipulihkan manakala 27 kes kematian direkodkan.


Pengarang :