Md Arifin Jaafar (kiri) mengedar topeng muka kepada kakitangan di Bangunan SUK, di Shah Alam pada 5 Mac 2020. Foto Facebook Yide
AGENSISELANGOR

Covid-19: Yide edar topeng muka, pembersih tangan percuma

SHAH ALAM, 6 MAC: Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) mengedar topeng muka dan pembersih tangan percuma kepada orang awam di Bangunan Sultan Idris Shah bagi sama-sama mengekang penularan wabak Covid-19.

Pengurus operasinya, Md Arifin Jaafar berkata ia langkah awal menghadapi gelombang kedua wabak berkenaan.

“Orang ramai juga dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar terutama mengunjungi pusat beli-belah atau melancong ke luar negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, mereka yang mahukan maklumat terperinci mengenai virus ini perlu merujuk sumber Kementerian Kesihatan Malaysia bagi mendapat maklumat tepat.


Pengarang :