AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Dewan Rakyat bersidang 18 Mei ini

SHAH ALAM, 4 MAC: Persidangan Dewan Rakyat yang dijadualkan 9 Mac ini akan bermula pada 18 Mei, kata yang dipertuanya.

Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof berkata surat makluman berhubung tarikh baharu itu diterima malam tadi, lapor Berita Harian.

“Surat sudah diterima malam tadi. Kenyataan akhbar akan dikeluarkan oleh Parlimen pagi ini.

“Tiada persidangan pada 9 Mac (Isnin). Tarikh baharu Istiadat Pembukaan Parlimen ialah 18 Mei 2020,” katanya pagi ini.

Katanya, Mesyuarat Pertama Dewan Rakyat akan berlangsung selama 15 hari, iaitu hingga 23 Jun.

Sebelum ini, sidang Dewan Rakyat dijadualkan pada 9 Mac hingga 16 April dengan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 disempurnakan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Pada 1 Mac lalu, Mohamad Ariff dilaporkan berkata akan menulis secara rasmi kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menentukan Dewan Rakyat bersidang mengikut jadual atau ditangguhkan.


Pengarang :