Orang ramai dinasihatkan tidak mengunjungi mana-mana tempat awam dan tempat terbuka ekoran penularan Covid-19. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Doktor saran elak balik kampung, hadkan perjalanan

SHAH ALAM, 17 MAC: Penduduk negeri ini dinasihatkan kekal berada di kawasan masing-masing dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula esok, kata ahli pasukan petugas Majlis Tindakan Khas Covid-19 Selangor.

Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman berkata penduduk di luar bandar juga tidak digalak masuk ke kawasan bandar yang berkepadatan tinggi bagi mengurangkan risiko penularan wabak.

“Apa yang penting di sini adalah jangan pulang ke kampung atau mereka dari kampung pun jangan datang ke bandar. Kekal di mana anda berada. Kurangkan perjalanan,” katanya ketika temu ramah sebuah stesen televisyen tempatan hari ini.

Malam tadi, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan mulai Rabu hingga 31 Mac .

Muhyiddin berkata, perintah kawalan pergerakan ini membabitkan larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya.


Pengarang :