Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Dua peringkat umur paling tinggi dijangkiti Covid-19

SHAH ALAM, 31 MAC: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan dua kumpulan umur iaitu 26 hingga 30 tahun dan 56 hingga 60 tahun paling tinggi mencatatkan kes Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata pesakit berumur 26 hingga 30 tahun terdiri daripada pelajar atau individu yang pulang dari luar negara.

“Peringkat usia 56 hingga 60 tahun pula dalam kalangan ketua keluarga yang keluar membeli barangan rumah dan mungkin dijangkiti ketika itu,” katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

Terdahulu, Dr Noor Hisham memaklumkan jumlah kematian akibat Covid-19 meningkat kepada 43 orang dengan keseluruhan kes 2,776.

Katanya, 58 pesakit lagi sembuh, menjadikan keseluruhan 537 orang.


Pengarang :