Azmizam Zaman Huri. Foto ARKIB SELANGORKINI
ADNSELANGOR

DUN Pelabuhan Klang agih makanan kepada penduduk

SHAH ALAM, 31 MAC: Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang mengagihkan bantuan makanan kepada golongan yang memerlukan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Ahli Dewan Negerinya.

Azmizam Zaman Huri berkata setakat ini seramai 1,000 keluarga dikesan terjejas sumber pendapatan menerima manfaat fasa pertama, manakala bantuan fasa kedua dan ketiga akan diberikan dalam tempoh
terdekat.

“Bantuan makanan bagi fasa berikutnya akan diteruskan memandangkan masih banyak keluarga dalam DUN ini terjejas bekalan makanan.

“Inisiatif ini diharap meringankan sedikit beban penduduk Pelabuhan Klang ketika berdepan saat sukar melalui tempoh PKP,” katanya kepada SelangorKini di sini hari ini.

Azmizam berkata pihaknya dengan bantuan sukarelawan giat mengenal pasti kelompok sasar bagi menerima sumbangan tersebut.


Pengarang :