EXCOSELANGOR

Elak jabat tangan, orang ramai jangan mudah kecil hati

SHAH ALAM, 19 MAC: Rakyat Selangor disaran elak bersalaman bagi mengurangkan risiko dijangkiti Covid-19 yang boleh merebak melalui sentuhan, kata EXCO kesihatan, kebajikan, pemberdayaan wanita dan keluarga.

“Buat masa ini semua orang perlu faham dan tidak perlu kecil hati jika ada antara kita jumpa tidak berjabat tangan kerana ini adalah langkah terbaik untuk bersama cegah Covid-19,” kata Dr Siti Mariah Mahmud kepada SelangorKini.

Beliau juga meminta orang ramai menggantikan jabat tangan dengan kaedah meletakkan tangan  kanan ke dada kiri sambil tunduk tanda hormat.

Dr Siti Mariah turut mengingatkan orang ramai yang perlu berurusan di luar sentiasa memakai penutup hidung dan mulut serta menjarakkan diri sekurang-kurangnya satu meter daripada individu lain.

“Pemakaian penutup hidung dan mulut penting terutama bagi individu ada batuk atau selesema bagi mengelak air liur atau hingus bertebaran sekali gus virus merebak,” katanya.


Pengarang :