Petugas kesihatan di barisan hadapan. Foto Facebook Datuk Dr Noor Hisham Abdullah
AGENDANASIONAL

Empat daerah catat kes tertinggi walau kes bertambah mula turun

SHAH ALAM, 29 MAC: Empat daerah di Selangor mencatatkan jangkitan kes Covid-19 tertinggi dalam negara walaupun kadar pertambahannya turun dua hari berturut-turut.

Mengikut Twitter Kementerian Kesihatan hari ini, Petaling Jaya merekod 209 kes, Hulu Langat (206), Gombak (57) dan Klang (51), menjadikan kawasan itu tergolong dalam zon merah.

Namun, kadar pertambahan kes harian di Selangor turun dua hari berturut-turut iaitu semalam dan kelmarin walaupun sebanyak 579 kes dicatat di negeri ini etakat jam 6 petang semalam.

Dalam tempoh itu 33 kes baharu direkod, turun sedikit berbanding kelmarin yang merekodkan peningkatan 36 kes. Pada hari sebelumnya, jumlah peningkatan ialah 75.

Bagi seluruh negara setakat jam 12 tengah hari semalam, Kuala Lumpur mencatatkan 344 kes, diikuti Johor (285), Sabah (197), Sarawak (118), Perak (165), Negeri Sembilan (153) dan Kelantan (108).


Pengarang :