Anggota Polis Pelancong dari Balai Polis Masjid India, Sarjan Mejar Abd Manab Baki (tengah) memberi nasihat dan penerangan kepada orang awam supaya tidak bersiar-siar tanpa tujuan penting ketika membuat rondaan di sekitar jalan Masjid India pada 20 Mac 2020. Foto BERNAMA
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

EXCO: Had aktiviti luar, jangan risiko nyawa

SHAH ALAM, 21 MAC: Semua pihak digesa mematuhi saranan kerajaan dengan menghentikan aktiviti sukan dan rekreasi di luar rumah bagi mengawal penularan Covid-19, kata EXCO sukan.

Mohd Khairuddin Othman berkata kegagalan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan sehingga penghujung Mac menyebabkan jangkitan kes meningkat lebih 1,000 orang ketika ini.

“Kenapa hendak risikokan nyawa sendiri dan orang lain? Sebab itu hentikan dahulu semua bentuk aktiviti luaran berkaitan sukan dan rekreasi,” katanya ketika dihubungi SelangorKini, hari ini.

Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan jumlah pesakit Covid-19 terus meningkat kepada 1,030 kes apabila 130 orang lagi disahkan positif, semalam.

Difahamkan, 26 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 48 kes dikesan dari kluster (ijtimak) tabligh bulan lalu, manakala 87 lagi pulih dengan yang terbaharu 12 orang.

Malaysia turut merekodkan kematian ketiga membabitkan rakyat tempatan berusia 58 tahun dari kluster jemaah tabligh di Hospital Tawau, Sabah.


Pengarang :