Ng Sze Han berucap pada Majlis Anugerah Jawatankuasa Penduduk (JKP), Pangsapuri Dan Kampung Angkat Komuniti Berdaya Dan PeBT MPSJ 2019 di Sunway Resort Hotel & Spa, Petaling Jaya. 7 Mac 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

EXCO: JKP penghubung masyarakat, PBT

SUBANG JAYA, 9 MAC: Jawatankuasa Penduduk (JKP) diharap terus menyampaikan dasar dan penerangan berkenaan pihak berkuasa tempatan (PBT) secara telus kepada masyarakat, kata EXCO kerajaan tempatan.

Ng Sze Han berkata segala maklumat, isu dan masalah setempat boleh dibincang dengan adanya JKP sebagai penghubung antara masyarakat dengan PBT.

“Semoga hubungan antara JKP, PBT dan masyarakat terus erat selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri.

“Justeru, saya galakkan JKP diiktiraf serta diberi penghargaan supaya mereka dapat meningkatkan usaha dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat,” katanya.

Beliau berkata ketika berucap merasmikan Majlis Anugerah Jawatankuasa Penduduk, Pangsapuri dan Kampung Angkat Komuniti Berdaya dan Penggerak Belia Tempatan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) di Sunway Resort Hotel & Spa di sini pada 7 Mac.


Pengarang :