Orang ramai membeli juadah berbuka puasa di bazar Ramadan Seksyen 13, Shah Alam pada 6 Mei 2019. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

EXCO: Selangor belum putus batal bazar Ramadan

SHAH ALAM, 30 MAC: Selangor belum memutuskan sama ada penganjuran bazar Ramadan di negeri itu diteruskan atau sebaliknya, kata EXCO kerajaan tempatan.

Ng Sze Han berkata perbincangan masih dibuat bersama pihak berkaitan dengan mengambil kira aspek keselamatan semua termasuk peniaga, pembekal dan pengguna.

“Kerajaan Negeri sudah berjumpa dengan pengarah pelesenan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan pandangan mereka sama ada wajar atau tidak bazar Ramadan beroperasi tahun ini.

“Keputusan itu dijangka diumumkan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dalam masa terdekat,” katanya kepada SelangorKini hari ini.

Setakat ini, hanya Negeri Sembilan membatalkan penganjuran bazar Ramadan bagi menjamin keselamatan rakyat susulan pandemik Covid-19.


Pengarang :