AGENSISELANGOR

Had operasi LZS tidak jejas agihan bantu asnaf

SHAH ALAM, 18 MAC: Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengehadkan operasi di ibu pejabat dan sebahagian cawangan, berkuat kuasa hari ini sehingga 31 Mac susulan Perintah Kawalan Pergerakan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Saipolyazan Yusop berkata perubahan waktu operasi tidak menjejaskan agihan bantuan bulanan dan asnaf sedia ada menerima pertolongan seperti biasa.

“Bagi menyantuni asnaf secara berterusan, permohonan bantuan zakat termasuk pengambilan dan serahan borang boleh dibuat di 13 cawangan LZS meliputi sembilan daerah yang beroperasi dari 10 pagi hingga 3 petang sepanjang tempoh tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Antara cawangan tersebut ialah:

-ALAMi Seksyen 13 Shah Alam
-Subang Jaya
-Masjid Kota Damansara
-Kompleks Mais Klang
-Banting
-Bandar Baru Salak Tinggi
-Bangi
-Ampang
-Selayang
-Taman Melawati
-Kuala Kubu Bharu
-Kuala Selangor
-Sungai Besar

Saipolyazan berkata orang ramai boleh menyemak bantuan dan mencetak penyata bayaran melalui https://ezo.zakatselangor.com.my, manakala bayaran zakat melalui perbankan internet atau dalam talian di https://fpx.zakatselangor.com.my atau hubungi 1 300 88 4343.


Pengarang :