Seorang wanita memakai pelitup muka ketika dia berjalan di Jakarta ekoran penyebaran Covid-19 di Jakarta, Indonesia pada 17 Mac, 2020. – Gambar oleh REUTERS
AGENDAGLOBAL

Himpunan tabligh di Sulawesi dibatalkan

SHAH ALAM, 19 MAC: Himpunan Ijtima Dunia 2020 Zon Asia yang dijadualkan berlangsung 19 hingga 22 Mac di wilayah Sulawesi Selatan, Indonesia, dibatalkan.

Jurucakapnya berkata keputusan itu dibuat selepas menerima nasihat dari pihak berkuasa yang meminta acara membabitkan ribuan jemaah tabligh seluruh dunia tidak dijalankan ekoran penularan wabak Covid-19.

Sementara itu, Ketua Daerah Gowa, Adnan Purichta Ichsan, melalui media social rasminya malam tadi, berkata penganjur bersetuju menunda program berkenaan.

“Kami tidak pernah berhenti untuk berunding dengan pihak penganjur bagi memujuk supaya dibatalkan untuk sementara waktu.

“Alhamdulillah akhirnya bersetuju untuk menangguhkan atau membatalkan,” katanya seperti dilaporkan Reuters.

Terdahulu, Jurucakap Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta berkata perhimpunan berkenaan dipercayai turut dihadiri rakyat Malaysia.


Pengarang :