Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari mendengar taklimat ketika lawatan ke tapak pembinaan Hospital Cyberjaya di Cyberjaya pada 3 Mac 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Hospital Cyberjaya tambah baik khidmat kesihatan di Selangor

CYBERJAYA, 3 MAC: Hospital Cyberjaya yang dijadual siap Mac tahun hadapan bakal mengurangkan kesesakan pesakit di Hospital Serdang dan Hospital Putrajaya di negeri ini, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata hospital yang mampu menempatkan 288 katil itu juga secara tidak langsung akan menambah baik khidmat kesihatan di negeri ini.

“Projek ini berjalan mengikut jadual dan dijangka siap sekitar Mac atau Jun 2021. Selepas ini penduduk mempunyai lebih pilihan hospital untuk merawat masalah kesihatan mereka,” katanya selepas melakukan lawatan kerja di tapak Projek Kerajaan Persekutuan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 Selangor di sini hari ini.

Projek membabitkan kos hampir RM475 juta itu telah bermula pada September 2017 dengan dikendalikan syarikat Cyberview Sdn Bhd dan kontraktor Gadang Engineering (M) Sdn Bhd.

Projek di tanah seluas 12.821 ekar tersebut meliputi sembilan bangunan dengan empat daripadanya bagi fasiliti perubatan dan lima wad.

Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari membuat lawatan ke tapak pembinaan Hospital Cyberjaya di Cyberjaya pada 3 Mac 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Pengarang :