Pengunjung memakai pelitup muka untuk mencegah virus Covid-19, semasa hadir pameran buku ‘Big Bad Wolf Books’ di Jakarta pada 8 Mac 2020. Foto AFP
AGENDAGLOBAL

Indonesia rekod kematian pertama akibat Covid-19

JAKARTA, 11 MAC: Seorang wanita berusia 53 tahun meninggal dunia akibat Covid-19 di Indonesia, kematian pertama direkodkan di Asia Tenggara, kata seorang pegawai kementerian kesihatan republik itu hari ini.

Achmad Yurianto berkata, wanita warga asing berkenaan sudah berada dalam keadaan kritikal ketika dimasukkan ke hospital, lapor Reuters.

Bagaimanapun, Yurianto tidak mendedahkan lokasi hospital merawat wanita itu dan kewarganegaraan mangsa.

Indonesia merekodkan 26 pesakit disahkan dijangkiti Covid-19.


Pengarang :