Dato’ Seri Amirudin Shari merasmikan Ekspo Hasil Suri Selangor 2020 di Shah Alam Convention Centre, Shah Alam pada 7 Mac 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
BERITA UTAMASELANGOR

IWB, PWB berjaya tingkat pendapatan wanita – Amirudin

SHAH ALAM, 7 MAC: Program pemberdayaan wanita Selangor menerusi Institut Wanita Berdaya (IWB) dan Pusat Wanita Berdaya (PWB) berjaya meningkatkan pendapatan golongan tersebut, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata golongan wanita di negeri ini diberi latihan dalam pelbagai bidang kemahiran berpotensi besar termasuk kerja yang boleh dilakukan di rumah.

“Dahulu seramai 40,000 wanita atau ibu menerima bantuan bulanan RM200 menerusi Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) tetapi selepas penjajaran penerima KISS berjaya dikurangkan kepada 20,000.

“Amalan belas kasihan seperti memberi wang perlu ditukar kepada memberdaya wanita kerana tidak mungkin kita boleh memberi bantuan untuk selama-lamanya,” katanya selepas menghadiri Ekspo Hasil Suri Selangor di Pusat Konvensyem Shah Alam (SACC) hari ini.

Sementara itu, Amirudin berkata Selangor berada pada landasan tepat untuk mencapai sasaran penglibatan 30 peratus wanita sebagai pembuat keputusan dalam pelbagai peringkat.

“Ia dibuktikan apabila pentadbiran negeri mempunyai 30 peratus wanita sebagai EXCO dan saya yakin angka ini akan dicapai dalam semua peringkat,” katanya.


Pengarang :