BERITA UTAMA

Jais teliti mungkin tarikh PSRA ditunda

SHAH ALAM, 29 MAC: Tarikh Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) di negeri ini berkemungkinan berubah, kata pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Mohd Shahzihan Ahmad berkata bagaimanapun perkara itu masih dalam penelitian.

“Saya dah minta ketua penolong pengarah untuk fikirkan kemungkinan tarikh ditunda,” katanya kepada Selangorkini hari ini.

Semalam, Kementerian Pendidikan Malaysia mengumumkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dijadualkan awal Oktober dipinda November depan susulan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bagaimanapun KPM mengekalkan tarikh Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) seperti dijadualkan bermula 1 hingga 8 September.


Pengarang :