AGENDANASIONAL

Jangan beli cecair basmi kuman tiada kelulusan KKM

SHAH ALAM, 28 MAC: Orang ramai dinasihatkan tidak membeli cecair pembasmi kuman yang tidak mempunyai kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

KKM menerusi kenyataan berkata pihaknya mengesan ada produk berkenaan dipasarkan tanpa merujuk kepada agensi itu terlebih dahulu.

“Semua produk cecair pembasmi kuman perlu dirujuk dengan KKM untuk memastikan ia berkualiti dan selamat digunakan,” kata kenyataan itu.

Oleh itu, KKM menyeru rakyat Malaysia menjadi pengguna bijak dan berhati-hati semasa membuat pembelian.

Semakan status produk boleh dibuat di laman web Bahagian Regulatori Farmasi Negara di pautan www.npra.gov.my.

Jualan produk tidak berdaftar dan kosmetik tidak bernotifikasi salah di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12(1) Akta Jualan Dadah 1952.

Jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.


Pengarang :