AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Jangan lambat dapatkan rawatan, CPRC Kebangsaan dibuka 24 jam

SHAH ALAM, 26 MAC: Orang ramai dinasihatkan supaya tidak lambat mendapatkan rawatan sekiranya mengalami gejala demam, batuk dan sakit tekak, kata Kementerian Kesihatan (KKM).

Untuk itu, Pusat Kesiagaan dan Tindakan Krisis (CPRC) Kebangsaan dibuka 24 jam bagi membolehkan orang ramai mendapatkan bantuan sekiranya mengalami gejala terbabit.

“Orang awam juga boleh memberikan maklumat sekiranya berhubung rapat dengan pesakit Covid-19 atau pernah ke luar negara dalam masa terdekat,” kata kenyataan itu menerusi Twitter.

Bagi sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi talian 0388810200, 0388810600 atau 0388810700. Sementara Whatsapp 0109699435 atau 0108608949 dan emel kepada [email protected].

 


Pengarang :