Selangorkini
AGENSI SELANGOR

Jawatankuasa khas Jais tumpu masjid transit basmi kuman Covid-19

SHAH ALAM, 23 MAC: Jawatankuasa Khas Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) memberi keutamaan kepada masjid transit yang menjadi pilihan musafir, untuk melakukan proses membasmi kuman Covid-19, kata pengarahnya.

Mohd Shahzihan Ahmad berkata proses nyah kuman berkenaan sudah dijalankan beberapa hari lalu dalam usaha menghentikan penularan wabak.

“Sepatutnya semua masjid akan melalui proses ini namun memandangkan dua tiga hari ini kes semakin meningkat, masjid menjadi pilihan diberi tumpuan dan akan dibersihkan jawatankuasa ini,” katanya kepada Selangorkini hari ini.

Rabu lalu, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan penubahan jawatankuasa khas di semua rumah ibadah Islam.


Pengarang :