Ng Sze Han bergambar bersama penerima Anugerah JKP MPSJ Terbaik Keseluruhan pada Majlis Anugerah Jawatankuasa Penduduk (JKP), Pangsapuri Dan Kampung Angkat Komuniti Berdaya Dan PeBT MPSJ 2019 di Sunway Resort Hotel & Spa, Petaling Jaya. 7 Mac 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
PBTSELANGOR

JKP Zon 4 MPSJ bolot RM10,000, Anugerah JKP Keseluruhan Terbaik

SUBANG JAYA, 8 MAC: Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon 4 diumum sebagai penerima Anugerah JKP Keseluruhan Terbaik pada Majlis Anugerah Jawatankuasa Penduduk, Pangsapuri dan Kampung Angkat Komuniti Berdaya dan Penggerak Belia Tempatan (PeBT) Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) 2019 di Sunway Resort Hotel & Spa, pada 6 Mac lalu.

Yang Dipertua MPSJ, Noraini Roslan berkata kejayaan yang diukur berdasarkan penglibatan aktif dan sentiasa menyertai program kemasyarakatan itu melayakan mereka menerima wang RM10,000, plak dan sijil penghargaan.

“Mereka juga dinilai berdasarkan prestasi memberangsangkan dan sentiasa mewujudkan kawasan bersih, cantik, harmoni serta mementingkan sifat ‘Go Green’ selaras objektif MPSJ.

“Semoga kecemerlangan diteruskan serta bersama menyalurkan perkhidmatan berkualiti juga terbaik kepada penduduk,” katanya ketika ditemui.

Sebanyak 10 kategori dipertandingkan termasuk Anugerah Program Kemasyarakatan, Anugerah Pengurusan Projek Inden, Anugerah Kitar Semula, Anugerah Kebun Komuniti dan Anugerah AJK JKP Lama Berkhidmat dan Cemerlang.

Turut dipertandingkan ialah Anugerah Pegawai Rejurvenasi Komuniti Pangsapuri dan Kampung Angkat, Anugerah Program Memberdaya Komuniti Pangsapuri dan Kampung Angkat dan Anugerah PeBT Terbaik.

Anugerah disampaikan EXCO Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han diiringi Noraini.


Pengarang :