Khairuddin Othman (tengah) menjawab pertanyaan media ketika Program Karnival Kerjaya Selangor Job Fair Tahun 2020 di Bangunan SUK Selangor, Shah Alam pada 9 Mac 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

Jobvaganza 2020 @ DUN Bukit Melawati tawar lebih 1,000 peluang pekerjaan

SHAH ALAM, 9 MAC: Lebih 1,000 peluang pekerjaan ditawarkan dalam Karnival Kerjaya Jobvaganza 2020 @ DUN Bukit Melawati di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Daerah Kuala Selangor pada 15 Mac ini, kata EXCO pembangunan generasi muda.

Membabitkan 30 penyertaan majikan Mohd Khairuddin Othman berkata karnival bukan sahaja kepada golongan belia malah terbuka kepada orang kelainan upaya (OKU) dan pesara.

“Karnival ini membantu syarikat yang memerlukan tenaga kerja dengan mendahulukan penglibatan warga tempatan, sekali gus mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga kerja warga asing.

“Kita mahu melahirkan modal insan proaktif dengan mewujudkan saluran peluang pekerjaan berkualiti bagi meningkatkan taraf hidup seterusnya mengurangkan kadar pengangguran di negeri ini,” katanya pada sidang media di Foyer SUK hari ini.

Dibuka 9 pagi hingga 5 petang, Mohd Khairuddin menjangkakan 5,000 pengunjung akan hadir.

Selain sesi temuduga terbuka, aktiviti lain seperti Klinik Kerjaya, Pameran Informasi dan Kerjaya, pameran pelbagai agensi kerajaan dan swasta, jualan kenderaan saji (food truck), gerai makanan kering turut disediakan serta kaunter Hijrah Selangor.


Pengarang :