Dato Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONALSELANGOR

Jumlah kes harian turun lagi, MB ajak rakyat terus gempur Covid-19

SHAH ALAM, 28 MAC: Dato Menteri Besar bersyukur kerana jumlah kes harian Covid-19 yang direkodkan di negeri ini mencatatkan penurunan buat hari kedua berturut-turut.

“Bilangan kes Covid-19 di Selangor hari ini mencatatkan penurunan buat hari kedua berturut-turut. Alhamdulillah,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari melalui Twitter malam ini.

Beliau juga mengajak rakyat supaya meneruskan usaha untuk duduk rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 14 April ini bagi menentang virus berkenaan.

Sehingga jam 6 petang tadi, Selangor mencatatkan 33 kes baharu, turun sedikit berbanding semalam yang merekodkan pertambahan 36 kes. Pada hari sebelumnya, jumlah peningkatan kes ialah 75.

Bagaimanapun, Selangor masih menjadi negeri tertinggi merekodkan jangkitan positif Covid-19 dengan 579 kes.


Pengarang :