Pegawai kesihatan Malaysia ditempatkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang pada 21 Januari 2020 apabila pihak berkuasa meningkatkan kawalan untuk mencegah Covid-19. Foto AFP
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Kakitangan, pelawat SUK wajib saring kesihatan

OLEH AMIN RIDZUAN ISHAK

SHAH ALAM, 13 MAC: Semua kakitangan dan pengunjung di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini wajib menjalani saringan kesihatan bagi mencegah jangkitan Covid-19 mulai Isnin ini.

Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan, Muhamad Shah Osmin dalam kenyataan hari ini berkata mereka yang kurang sihat akan dilekatkan pelekat merah di baju dan dinasihatkan pulang.

Kata Muhamad Shah, pihaknya juga akan menyediakan cecair pembasmi kuman dan topeng muka di semua kaunter serta bilik mesyuarat SUK sebagai langkah pencegahan.

“SUK dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Selangor juga akan mengadakan taklimat kesedaran wabak Covid-19 pada jam 2.30 petang, Isnin ini,” katanya.


Pengarang :