Kakitangan KDEBWM menyerahkan tong sampah di lokasi sekitar Ampang Jaya bagi membolehkan petugas seperti polis dan ATM membuang sampah dengan lebih mudah, sekali gus membuat persekitaran lebih bersih.
AGENSISELANGOR

KDEBWM sedia tong sampah tambahan di kawasan Ampang Jaya

SHAH ALAM, 31 MAC: KDEB Waste Management Sdn Bhd (KDEBWM) menyediakan tong sampah tambahan di beberapa lokasi sekitar Ampang Jaya untuk kegunaan petugas barisan hadapan yang membuat sekatan jalan raya ketika Perintah Kawalan Pergerakan.

Ketua Perhubungan Awam dan Medianya, Mahfuzah Muhammad Tarmidi berkata tong berkapasiti 120 liter itu disediakan di Tiara Ampang Jalan Ampang, simpang masuk ke Ukay Perdana, Jalan Klang Gate dan Jalan Cheras Indah.

“Ia untuk memudahkan para petugas seperti polis dan Angkatan Tentara Malaysia (ATM) membuang sampah di tempat mereka berkawal sekaligus memastikan kebersihan di tempat tersebut sentiasa terpelihara.

“Seterusnya kerja-kerja kutipan sampah dari lokasi itu akan dikendali subkontraktor KDEBWM setiap hari,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pengarah Urusan KDEBWM, Ramli Mohd Tahir sebelum ini berkata operasi harian dalam pembersihan dan pengurusan sisa pepejal di Selangor akan berjalan seperti biasa mengikut jadual kutipan.

Bagaimanapun pekerja subkontraktor termasuk pemandu lori kompaktor atau Roll On Roll Of (RORO), kru kutipan serta penyelia hendaklah sentiasa memakai alat perlindungan diri.

Beliau turut menggalakkan warga kerja membawa makanan sendiri sebagai langkah mengurangkan kontak dengan orang awam dan tidak terlalu lama di luar.


Pengarang :