AGENDABERITA UTAMANASIONAL

KEADILAN setia dengan Pakatan, tekad makmur Selangor

SHAH ALAM, 4 MAC: KEADILAN Selangor berikrar untuk setia dengan idealisme perjuangan KEADILAN pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengerusinya  Dato’ Seri Amirudin Shari berkata KEADILAN negeri juga akan melaksanakan amanah dan memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat negeri ini.

“KEADILAN Selangor turut mengulangi janji untuk terus setia dan bekerjasama dengan rakan-rakan di dalam Pakatan Harapan (Pakatan) Selangor iaitu DAP dan Amanah serta terus bekerja kuat bagi memakmurkan negeri dan mensejahterakan rakyat.

“Pakatan tidak akan mensia-siakan kepercayaan dan amanah yang diberikan rakyat Selangor,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Amirudin yang juga Dato’ Menteri Besar turut bersyukur atas komitmen pimpinan Pakatan Selangor bagi memenuhi mandat rakyat pada pilihan raya umum lalu.

“Di saat rakyat diselubungi kekeliruan dan ketidaktentuan, pimpinan Pakatan Selangor memegang teguh tali persefahaman demi kepentingan mengangkat martabat rakyat,” katanya.


Pengarang :